Ser Luck: Levi pekerja asing akan dikekalkan

PERTUMBUHAN tahun ini akan rendah - sebagaimana ramalan ekonomi telah nyatakan - dan sebahagian sektor akan terjejas lebih daripada yang lain, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia), Encik Teo Ser Luck, pada Isnin (25 Jan).

Pemerintah akan cuba membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) sedang mereka menghadapi cabaran kos daripada pasaran buruh ketat, ujar beliau dalam satu sidang media di pejabat Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).

Bagaimana, beliau menambah: "Levi pekerja asing akan kekal. Saya tidak mahu meningkatkan jangkaan kerana dasar tenaga kerja yang kita laksana sedang berjalan, dan ada banyak perbaikan sepanjang jalan, jadi kita perlu melihat keadaan."

Encik Teo menggalak SME "terus membina teras warga Singapura, dan memastikan bahawa rakyat Singapura mempunyai peluang pekerjaan yang sama".

Jawatankuasa SME SBF telah membentangkan cadangan bagi Belanjawan 2016. Ia menyeru pemerintah menerima pakai paradigma baru bagi pertumbuhan perniagaan yang mengutamakan pembangunan SME, dan membantu mereka mengharungi kekangan kos.

Pengerusi jawatankuasa itu, Encik Lawrence Leow, berkata: "Dalam Belanjawan 2015, pemerintah menangguhkan kenaikan levi pekerja asing yang dirancangt selama satu tahun Di sini, kami mencadangkan menangguhkan kenaikan itu lagi, dan menjalankan kajian bagi mengurangkan kuantum levi, dengan menimbangkan aliran masuk terbaru pekerja asing."

Encik Teo, bersama Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Koh Poh Koon, menjadi penasihat bersama jawatankuasa tersebut.

Dr Koh menggalak SME meneruskan penyusunan semula dan membina sebuah "perancangan bagi inovasi"

"Pemerintah akan terus menyokong SME dengan kukuh kerana SME membentuk bahagian yang sangat penting dalam ekosistem ekonomi kita."

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.