SIFAT orang Jepun yang begitu terperinci dan teliti dalam apa jua yang dilakukan mereka menjadi prinsip yang dipegang pakar tembikar tersohor Singapura, Encik Iskandar Jalil.
Malah, beliau menjadikan sifat itu asas dalam segala apa yang dilakukan dalam kehidupannya, termasuk tembikar yang dihasilkannya sepanjang lebih 50 tahun berkarya dalam seni tersebut.