Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serang anak hingga maut: Hukuman penjara ke atas wanita ditambah kepada 14 setengah tahun

ibu
Jul 07, 2017 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang menyerang anak lelakinya berusia empat tahun dengan kejam sehingga mangsa meninggal dunia telah dikenakan tambahan pada hukuman penjara asalnya, kepada 14 setengah tahun, semalam selepas rayuan oleh pihak pendakwa.



Hukuman asalnya ialah penjara lapan tahun.



Noraidah Mohd Yussof, 35 tahun, menolak anaknya berulang kali, menyebabkan kepala kanak-kanak itu terhentak di atas lantai. Dia juga menginjak serta mencekiknya sambil mengangkat dan menolaknya ke tembok.



Kanak-kanak itu meninggal dunia akibat keretakan di kepala dan pendarahan di otaknya.



Noraidah menghukum anaknya itu kerana dia tidak menyebutkan angka 11 hingga 18 dalam bahasa Melayu dengan betul.



Tahun lalu, Noraidah dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas dia mengaku salah atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan parah dan menganiayai seorang kanak-kanak.



Dua lagi tuduhan penganiayaan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Pihak pendakwa merayu kepada Mahkamah Rayuan agar hukuman lebih berat iaitu sekurang-kurangnya 12 tahun penjara dijatuhkan.



Semalam, Timbalan Pendakwa Raya Kow Keng Siong berkata mahkamah rendah salah dalam menerima "keperibadian" Noraidah sebagai faktor mengurangkan hukuman.



Ini termasuk toleransi rendahnya terhadap kekecewaan, kecenderungannya bertindak secara tidak sengaja dan menyalahkan orang lain.



Noraidah mula menganiaya kanak-kanak itu pada 2012 ketika dia berusia dua tahun.



Dia menolak dan memijak rusuk mangsa ketika dia terjatuh. Noraidah juga memutarkan tangan budak tersebut apabila dia menconteng di sofa.



Noraidah kemudian membawanya ke hospital di mana tulang di siku, betis dan empat tulang rusuknya didapati patah, serta mengalami pelbagai lebam.



Pada Julai 2012, Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak (CPS) meletakkan budak lelaki itu dalam jagaan adik lelaki dan adik ipar Noraidah.



Empat bulan kemudian, Noraidah dan anak perempuannya berpindah ke rumah mereka.



CPS menutup kes tersebut pada Februari 2014 selepas mendapati tiada lagi laporan penganiayaan.



Tidak lama selepas itu, Noraidah keluar dari rumah tersebut dengan kededua anaknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >