Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serang jiran tua: Wanita dipenjara lima setengah tahun

Aug 17, 2016 | 09:08 AM



SEORANG wanita yang memukul jirannya yang tua dalam satu serangan "keji" dan menyerang pegawai polis beberapa kali, dihukum menjalani program pemulihan selama lima setengah tahun, iaitu hukuman penjara bagi kesalahan berulang.



Casey Sabrina Ng, 43 tahun, mengaku bersalah bulan lalu terhadap 11 pertuduhan, termasuk sengaja menyebabkan kecederaan terhadap penjawat awam, berkelakuan tidak senonoh dan ugutan jenayah.



Empat belas tuduhan lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Serangan beliau ke atas suri rumah Toh Siew Hong, kini 67 tahun, pada September 2013 dirakam kamera keselamatan di luar flat Cik Toh di Chai Chee. Ia berlangsung selama 18 minit dan telah ditunjukkan di mahkamah sebelum ini.



Merujuk kepada video itu, yang beliau sifatkan sebagai "kisah visual menakjubkan", Hakim Daerah Mathew Joseph berkata Cik Toh dicekik, dipaksa berlutut dan dipijak di kepala sekurang-kurangnya 10 kali.



"Ini amat menjijikkan," katanya mengenai pijakan tersebut, sambil menambah warga emas itu kemudian ditarik rambutnya dan dan dicampak ke lantai "seperti anak patung kain untuk keseronokan sepuas-puas hati (Ng)".



Hakim menambah: "Namun awak tetap tidak berubah dengan perbuatan ganas keji awak dan kekal tidak berperasaan dan tidak tersentuh semasa berdiri di kandang tertuduh, sebagaimana saya percaya itulah keadaan awak sekarang."



Pada hari kejadian, Cik Toh dibawa ke hospital dan Ng ditangkap tetapi sebelum itu, dia mencerca seorang pegawai polis dan menendang seorang lagi.



Dia kemudian melarikan diri daripada ikat jamin mahkamah dan melakukan jenayah lagi. Kesalahan barunya termasuk menendang seorang wanita hamil di perutnya tahun lalu.



Ng, yang juga dikenali sebagai Asha Verma, tidak menunjukkan sebarang perasaan apabila hukuman dibacakan pada Selasa (16 Ogos).



Program pemulihan ialah rejim penjara lima hingga 14 tahun tanpa pengurangan bagi tingkah laku baik. Ia tidak dikebelakangan ke tarikh reman.



Merujuk kepada laporan sebelum penghukuman, hakim menegaskan bahawa Ng "berisiko tinggi akan melakukan jenayah lagi".



Seorang ahli psikologi berkata Ng mempunyai risiko keganasan nyata tinggi, "yang boleh berlaku dalam interaksi hari ke hari dengan orang ramai yang dia anggap tidak menghormati atau mengancamnya".



Hakim Joseph berkata ini "membimbangkan dan mencemaskan" kerana ia mendedahkan sifat tidak menentu Ng dan ancaman yang boleh ditimbulkannya.



Hukuman berat perlu, ujar beliau, untuk memberi isyarat bahawa keganasan tanpa sebab dalam apa bentuk sekalipun, terutama ke atas mangsa lemah, tidak mempunyai tempat dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >