Serangan atas pelajar madrasah: Lelaki diberkas

Polis telah memberkas seorang lelaki warga Singapura yang disyaki menyerang tiga pelajar madrasah dalam kejadian yang berlaku Jumaat lalu.

Polis dimaklumkan tentang kejadian itu pada 7.35 pagi Jumaat lalu di mana seorang lelaki dikatakan telah menyerang tiga pelajar perempuan secara berasingan dekat stesen MRT Paya Lebar.

Pelajar berkenaan berusia antara 14 hingga 16 tahun sedang dalam perjalanan ke madrasah secara berasingan apabila lelaki berusia 48 tahun itu menyerang mereka.

Dalam kenyataan polis yang dikeluarkan selepas akhbar ini dicetak, Timbalan Pesuruhjaya Polis (Siasatan & Risikan) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Tan Chye Hee berkata:

Polis memandang serius perbuatan yang boleh menjejas keharmonian agama dan kaum di Singapura.

"Sesiapa yang mencederakan orang lain atas dasar kaum atau agama akan dikenakan tindakan yang tegas di bawah undang-undang.

Melahirkan penghargaan atas tindakan pantas polis, Timbalan Perdana Menteri Encik Teo Chee Hean berkata:

"Saya gembira polis dengan pantas telah memberkas suspek yang menyerang tiga pelajar perempuan pada Jumaat lalu.

"Sebagai sebuah masyarakat, kita harus bersatu padu menolak semua jenis keganasan ke atas orang yang tidak bersalah, lebih-lebih lagi jika ia mempunyai unsur perkauman atau keagamaan."

Dalam kiriman Facebook, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad pula berkata beliau bangga atas usaha polis menyelesaikan kes serangan ke atas pelajar berkenaan.

"Saya juga gembira madrasah kita berusaha menenangkan spekulasi masyarakat dan membenarkan polis menjalankan tugas. Saya juga gembira rakyat Singapura bersatu padu dan kekal bertenang.

"Usah kita biarkan sesiapa menggunakan kejadian seperti ini untuk menghasut kebencian dan perpisahan sedang perkara sebegini ditangani pihak berkuasa," katanya. 

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.