SEORANG pegawai keselamatan dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan dan melakukan tindakan terburu-buru terhadap tiga pelajar madrasah Jumaat lalu.
Koh Weng Onn, 48 tahun, didakwa menendang seorang pelajar perempuan 16 tahun di paha kanannya - satu perbuatan yang didorong rasa perkauman - di Paya Lebar Road pada 7.22 pagi Jumaat lalu.