Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serangan di Kompleks Golden Mile: Insiden 'tenung' mungkin cetus serangan

Oct 16, 2017 | 10:16 AM



INSIDEN tenung-menenung melibatkan dua lelaki mabuk mungkin mencetus serangan yang dirakam dalam video yang kini dikongsi secara berleluasa.



Video itu menunjukkan seorang lelaki berulang kali memijak mangsa yang terkujur kaki di lantai Kompleks Golden Mile.



Ekoran serangan itu, polis berkata ia telah menangkap suspek, seorang warga lelaki berusia 22 tahun pada Sabtu (14 Oktober). Insiden itu dianggap sebagai menyebabkan kecederaan amat serius secara sukarela.



Dalam kenyataannya, polis berkata insiden itu berlaku di Kompleks Golden Mile sekitar 3 pagi pdaa Rabu (11 Oktober)



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata seorang lelaki dikejarkan ambulans ke Hospital Tan Tock Seng. Beliau sedarkan diri dan dipercayai mengalami kecederaan di mukanya.



Menurut akhbar The Straits Times, adalah difahami, suspek berada di sana untuk makan lewat malam dengan seorang teman dan pertelingkahan berlaku di luar tandas tingkat pertama selepas insiden tenung-menenung.



Video itu tidak menunjukkan bagaimana mangsa itu - seorang warga Singapura berusia 25 tahun - terjatuh ke lantai, tetapi ia menunjukkan seorang lelaki berulang kali memijak kepala mangsa di luar kedai yang ditutup pagar.



Penyerang itu kemudian menghampiri seorang lelaki berbaju hitam - dipercayai kawan di mangsa - dan menumbuk lelaki itu.



Orang lain di kawasan itu boleh didengar menjerit apabila lelaki yang menyerang itu kembali ke tempat kejadian dan memijak mangsa beberapa kali lagi. Penyerang itu meninggalkan tempat kejadian dalam teksi.



Mangsa telah pun dikeluarkan dari hospital.



Petang semalam, suspek dibawa ke tempat kejadian oleh polis, yang berkata beliau akan didakwa di mahkamat hari ini (16 Oktober)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >