TINDAKAN kumpulan militan ISIS mengelar leher seorang paderi dan menjadikan biarawati serta pengunjungnya sebagai tebusan di gereja tempat mereka menjalankan ibadah adalah perbuatan paling tidak bertimbang rasa dan harus dikutuk sekeras-kerasnya.
Demikian pandangan beberapa pemimpin dan penganalisis setempat berhubung insiden di Normandy, utara Perancis, kelmarin dengan dua pengikut ISIS menceroboh masuk gereja dan melakukan tindakan ganas ke atas paderi Jacques Hamel, 80-an tahun, sehingga beliau terbunuh.