Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serangan pedang di Serangoon: Tujuh suspek ditangkap, pedang samurai dibuang di Kolam Air Lower Pierce

Jul 26, 2018 | 02:28 PM



 





SEORANG daripada tujuh suspek yang ditangkap berkaitan insiden kelar-mengelar di Serangoon Road, pada Khamis (26 Julai) dibawa pegawai siasatan polis ke Kolam Air Lower Pierce, di mana beliau dipercayai membuang pedang samurai yang digunakan dalam serangan pada hari sebelumnya.



Menurut akhbar The Straits Times, suspek itu Arjun Retnavelu, melontarkan pedang itu ke kolam air sekitar 4 petang pada Rabu.



Senjata kedua - sebilau pisau dapur - ditemui di tempat serangan itu, di hadapan Hotel Broadway.



Arjun dan enam lagi individu melarikan diri selepas mengelar seorang lelaki berusia 27 tahun, mencetus polis memulakan pemburuan serata pulau untuk mencari mereka.



Mangsa mengalami kecederaan serius, termasuk luka di belakang kepala, lengan dan kaki.



Polis berkata, pada Khamis, bahawa tujuh suspek itu, kesemuanya warga Singapura berusia antara 17 dengan 28 tahun ditangkap di kawasan Corporation Road di Jurong dan Blok 26 di Estet Perusahaan Sin Ming.



Arjun, difahami, antara enam orang yang ditangkap sekitar 6 pagi di sebuah unit di Estet Perusahaan Sin Ming. Arjun dipercayai berada dalam keadaan mabuk pada ketika itu.



Arjun, yang memakai kemeja-T corak belang, seluar hitam dan selipar tiba di kolam air sekitar 1 petang dalam van polis dan dengan diiringi lima pegawai.



Tangan dan kakinya digari.



 Penyelam komersial juga dilihat di tempat kejadian, untuk membantu siasatan.



Kumpulan itu telah melarikan diri dalam kereta sewa selepas serangan itu. Mereka meninggalkan mangsa, dipercayai seorang warga Singapura, terbaring di lorong paling kiri antara empat lorong di Serangoon Road



Polis berkata mereka diberitahu pada Khamis tentang kes sengaja menyebabkan kecederaan teruk melalui cara berbahaya di 202 Serangoon Road.



Saksi memberitahu ST pada Rabu, bahawa lelaki itu ditemui terbaring dengan berlumuran darah di depan perhentian bas. Sebilah pisah dilihat berhampirannya.



Seseorang membawa alat bantuan kecemasan ke tempat kejadian, sementara dua lagi orang yang berpengetahuan perubatan memberi bantuan sehingga ambulans tiba di tempat kejadian.



Kawasan itu dikepung oleh polis dan bas berhenti lebih jauh dari perhentian bas untuk menurunkan dan mengambil penumpang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >