Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seronok kembali ke pentas teater selepas 22 tahun

Oct 16, 2016 | 05:30 AM



MEMANG terasa janggal bertutur dalam bahasa Melayu Peranakan Baba, apatah lagi dengan sebutan perkataan harian yang berbeza daripada perkataan Melayu biasa.



Namun, bagi menghidupkan watak beliau sebagai anak seorang Baba Nyonya, pelakon Junaidah Eksan, 44 tahun, terpaksa membiasakan dirinya berlatih bertutur dengan menggunakan perkataan seperti 'nyah nyah' untuk menggantikan 'ibu' dan 'che chet' bagi menggantikan 'ayah'.



Menurutnya, beliau banyak mendapatkan bimbingan daripada penyair Peranakan Baba GT Lye, yang juga merupakan antara pelakon yang akan menjayakan Malam Lawak Sastera, Sayang Di Sayang, yang bakal berlangsung pada 5 November di Panggung Victoria.



"Salah satu perkara yang membuatkan saya amat teruja melibatkan diri dalam persembahan ini adalah kerana saya dapat berlakon di samping pelakon veteran.



"Saya juga dapat mencedok pengalaman GT Lye, nama yang tidak asing lagi di pentas dan popular dengan pantun Peranakan Babanya yang spontan," katanya.



Junaidah akui berasa gembira berpeluang sekali lagi kembali ke pentas teater setelah 22 tahun.



"Kali terakhir saya membuat persembahan di atas pentas adalah sewaktu zaman remaja pada tahun '90-an.



"Pada waktu itu saya menganggotai Kelab Panggung Negara dan beraksi di pentas Panggung Victoria, memang gemuruhlah rasanya," ujarnya yang lebih banyak muncul di kaca televisyen selepas itu.



Junaidah, yang terkenal dengan watak Dania dalam drama bersiri Gerimis Di Hati, juga pernah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam watak pembantu Pesta Perdana 2011 bagi wataknya itu.



Katanya lagi, kali ini beliau berbesar hati berpeluang mengetengahkan pementasan berlainan yang menyelitkan unsur-unsur drama radio di Panggung Victoria.



"Segala bunyi-bunyian, pekikan, kesan tapak kaki, buka dan tutup pintu, semuanya akan dilakukan secara serentak oleh barisan pelakon yang menjayakan drama ini," katanya.



Orang ramai boleh membeli tiket persembahan Malam Lawak Sastera yang akan berlangsung pada 5 November di Sistic pada harga $30 bagi dewasa dan $15 bagi pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >