Sertai bengkel Mencari Kristal

ANDA ingin memasarkan hasil karya kreatif anda tetapi tidak pasti jika ia memenuhi cita rasa pembaca hari ini?

Atau, anda ingin mengetahui teknik terbaik untuk 'menghidupkan' watak-watak yang anda jelmakan dalam karya anda?

Ataupun, anda ingin mengirimkan manuskrip kepada penerbit tetapi tidak pasti sama ada ia mampu menawan hati dan perhatiannya?

Jika ini merupakan antara persoalan yang anda hadapi sebagai penulis, mengapa tidak sertai tiga bengkel penulisan kreatif yang dianjurkan secara eksklusif oleh Berita Harian?

Bengkel ini yang merupakan sebahagian daripada program Mencari Kristal, menampilkan penulis generasi baru dari luar negara: penulis skrip dari Indonesia, Cik Henovia Rosalinda Caniago, penulis biografi Indonesia, Cik Alberthiene Endah Kusumawardhani, dan penerbit Malaysia, Encik Amir Muhammad.

Bayaran $55 dikenakan bagi setiap bengkel, namun promosi istimewa ditawarkan bagi pakej tiga hari merangkumi tiga bengkel ditawarkan dengan harga $88.

Butiran lanjut tentang bengkel dan pendaftaran disediakan di laman http://www.beritaharian.sg/mencari-kristal/bengkel

 

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.