Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sertai perbarisan demi tabur bakti pada negara

Aug 08, 2016 | 05:30 AM



CIK Nabiilah Idris sering teruja setiap kali beliau menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di kaca televisyen ketika usia kecil lagi.



Melihat kontingen perbarisan bergerak secara teratur melintasi padang dan berdiri tegak dengan penuh semangat patrotisme memberi Cik Nabiilah perangsang serta mempunyai impian mahu mengambil bahagian dalam perbarisan itu apabila beliau dewasa kelak.



"Sejak saya berumur sembilan tahun, saya amat meminati Perbarisan Hari Kebangsaan.



"Sejak itu juga, saya mempunyai azam kuat pada suatu hari nanti melibatkan diri dalam NDP ini.



"Sebagai rakyat Singapura, saya juga ingin sekali menabur bakti dan melakukan sesuatu yang murni buat negara saya," kata Cik Nabiilah, yang kini berusia 21 tahun.



Disebabkan keiginan tersebut serta kebanggaan menjadi rakyat Singapura, beliau mengambil keputusan menyertai Pasukan Kadet Nasional (NCC) sewaktu di sekolah menengah sebagai Kegiatan Kokurikulum (CCA) beliau pada 2008.



Menurut Cik Nabiilah, NCC telah banyak mengajarnya tentang kemahiran yang dapat dimanfaatkan beliau dalam mempimpin kadet di bawah pimpinannya.



"Menerusi NCC, saya juga diberi pelbagai peluang meluaskan serta mempertingkatkan daya kepimpinan saya.



"Bahkan, melalui penglibatan saya dalam NCC inilah, pelbagai kemahiran yang dapat saya manfaatkan, bukan sahaja untuk diri saya bahkan bagi kadet-kadet dalam jagaan saya," tambah bekas pelajar Sekolah Menengah Changkat Changi.



Cik Nabiilah sudahpun terlibat dalam NDP buat kali ketiga berturut-turut, namun tahun ini merupakan yang teristimewa kerana beliau akan mengetuai 43 kadet dari Kontinjen Udara dan Laut NCC.



"Saya amat bersyukur dan berasa amat bangga kerana dipilih sebagai Komander Kontinjen NCC dalam perbarisan tahun ini.



"Mentelah, tahun ini merupakan tahun pertama perbarisan ini diadakan di Stadium Negara, Hab Sukan Singapura.



"Ia merupakan suatu pengalaman paling indah dan akan sentiasa terpahat dalam sanubari saya.



"Bukan sahaja saya dapat meraih pengalaman yang tidak ternilai, bahkan saya juga mempelajari usaha di belakang tabir bagi memastikan kejayaan perbarisan hari kebangsaan ini nanti," ujar beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >