SATU sesi soal jawab mengenai Belanjawan 2015 anjuran unit maklum balas pemerintah, Reach, rata-rata menarik penyertaan dua kumpulan warga - mereka yang tidak sabar menunggu inisiatif baru dilaksana dan mereka yang prihatin tentang kesan belanjawan murah hati ke atas diri mereka pada masa depan.
Demikian menurut Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad, ketika merumus sesi dalam talian itu, yang dijalankan di Facebook kelmarin.