Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sesuaikan urusan keluarga dengan konteks hari ini

Oct 16, 2017 | 05:30 AM



IMAM Eksekutif Masjid Al-Mawaddah Ustaz Mohammad Zaid Isahak menggesa masyarakat supaya usah gunakan istilah 'Wadhribuuhunna...' yang terkandung dalam Surah An-Nisaa ayat 34 sebagai lesen memukul pasangan secara fizikal, yang boleh menyebabkan kecederaan dan keganasan dalam rumah tangga.



Beliau juga berkata Muslim Singapura perlu menyesuaikan tafsiran ayat itu dengan konteks kehidupan masa kini.



"Ia bukan lesen ataupun alasan untuk kita memukul atau mendera isteri, sama ada ia secara kata-kata kesat, makian atau cacian yang boleh mengganggu emosi pasangan. Ia hanya bermaksud meluahkan ketidakpuasan dan kemarahan sahaja," kata Ustaz Mohammad Zaid semasa menjelaskan Surah An-Nisaa ayat 34.



Dalam ruang Tanya Ustaz di akhbar ini pada Jumaat lalu, beliau memberi jawapan bagi soalan tentang cara seorang suami mendidik isteri yang degil.



Dalam jawapannya, beliau menukil Surah An-Nisa ayat 34. Memberikan penjelasan, Ustaz Zaid berkata:



"Sebagai seorang Muslim, sewajarnya kita mengikut Rasullullah saw dalam mendidik keluarga dengan penuh kasih sayang."



Ustaz Zaid menukil sabda Sabda Rasulullah saw, "Sebaik-baik kalian adalah orang yang paing baik bagi keluarganya dan aku orang yang paling baik bagi keluargaku." (Hadis riwayah At-Tarmizi).



"Maka sebagai seorang Muslim, sewajarnya kita mengikut Rasulullah saw dalam mendidik keluarga dengan penuh kasih sayang," ujar beliau.



Dalam undang-undang Islam, suami juga dilarang memukul isteri, kata Ustaz Zaid.



Beliau juga memetik hadis bahawa pernah suatu ketika sekumpulan wanita berkumpul dan mengeluh tentang hal itu, kemudian Rasulullah saw bersabda:



"Sesungguhnya mereka itu (yang suka memukul isterinya) bukan orang yang baik di antara kamu." (Hadis riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >