Set Lego mercu tanda SG50 untuk pelajar

NUR DHUHA ESOOF

SEMPENA sambutan ulang tahun Singapura yang ke-50 tahun ini, setiap pelajar dari peringkat sekolah rendah ke politeknik akan menerima satu set Lego yang membolehkan mereka membentuk tiga mercu tanda negara yang bersejarah.

Set yang dinamakan Building My SG itu mengandungi kepingan Lego bagi membentuk Jambatan Cavenagh, Lapangan Terbang Changi dan Gardens by the Bay.

Sekitar 600,000 set akan diagihkan menjelang Perbarisan Hari Kebangsaan Ogos ini.

Set Lego itu akan digunakan dalam kelas bagi mengajar pelajar tentang peranan mercu tanda itu dalam sejarah serta pembangunan berterusan Singapura.

Menteri Pendidikan, Encik Heng Swee Keat, ketika ditemui di pelancaran set tersebut di Sekolah Rendah West Spring berkata set itu unik kerana ia merupakan Lego edisi khas Singapura.

"Menggunakan set ini, pelajar dapat memahami sejarah serta warisan Singapura dan membayangkan Singapura yang lebih baik lagi," kata Encik Heng.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 71
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.