SEMPENA sambutan jubli emas hubungan diplomatik Singapura dan Indonesia tahun ini, satu set setem khas dan buku peringatan dilancarkan semalam.
Pelancaran set setem bertema terumbu karang dan buku yang dinamakan RISING50 itu disaksikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) semasa Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia di Istana semalam.