SETIAUSAHA Agung Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan, dijangka bertanding di kawasan undi Bukit Batok dalam pilihan raya umum akan datang.
Langkah tersebut mungkin menemukan beliau sekali lagi dengan Encik Murali Pillai, Anggota Parlimen (AP) kawasan undi perseorangan (SMC) tersebut, lapor akhbar The Straits Times.