BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Di sebalik senyuman di bibir warga emas, Cik Suraia Hitam, 73 tahun, terselindung kisah kecekalan dan kesabarannya menjaga anak bongsunya, Encik Abdul Halim Bakok, 53 tahun, yang menghidap Sindrom Down serta tidak mampu melihat.