Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG terbuka usulan M’sia bagi hidupkan semula projek HSR

Sep 05, 2022 | 09:40 PM



SINGAPURA terbuka kepada usulan baru daripada Malaysia berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin (5 Sep).


Ini menyusuli pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Isnin (5 Sep) di mana Encik Wong menarik perhatian bahawa Malaysia berminat memulakan semula perbincangan berhubung projek tersebut.


Projek itu telah dibatalkan setelah kededua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang disarankan Malaysia menjelang tarikh akhir 31 Disember 2020.


Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, kini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari Ahad hingga Rabu (4-7 Sep).


Dalam pertemuan tersebut, PMO berkata Encik Wong dan Datuk Seri Ismail mengesahkan lagi kerjasama meluas antara Malaysia dengan Singapura.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >