Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SGH: Dua lagi kes hepatitis C daripada kelompok sama

Oct 27, 2015 | 09:16 AM



Dua lagi pesakit yang diuji positif hepatitis C oleh Hospital Besar Singapura (SGH) disahkan sebagai sebahagian daripada kelompok jangkitan penyakit itu yang diumum awal bulan ini.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin (26 Okt), pengerusi Lembaga Perubatan SGH, Profesor Fong Kok Yong, berkata:


"Kajian filogenetik yang dilakukan bagi kedua-dua pesakit yang diuji positif, sebagaimana diumum pada 23 Oktober, menunjukkan mereka sebahagian daripada kelompok yang terjejas , menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang terjejas 25 orang.


"Pesakit itu dimasukkan ke Wad 64A dan 67 dari April hingga Jun 2015. Kami akan memberi pesakit itu dan keluarga mereka sokongan penuh dan memastikan pesakit tersebut menerima rawatan yang tepat pada masanya dan sesuai."


Pada Khamis (22 Okt), seorang pesakit disahkan positif virus itu dan daripada kelompok sama.


SGH menyatakan 601 pesakit telah diperiksa setakat ini, 586 disahkan negatif virus hepatitis C, tiga positif dan hasil ujian bagi 12 pesakit belum siap.


Seramai 309 kakitangan hospital itu telah diperiksa dan semuanya negatif.


SGH menjalankan ujian ke atas pesakit yang dimasukkan ke wad ginjalnya, 64A dan 67, antara Januari hingga Jun berikutan pengumuman pada 6 Oktober mengenai kelompok 22 jangkitan hepatitis C..


Lapan daripada pesakit itu telah meninggal dunia, dengan lima kematian mungkin ada kaitan dengan jangkitan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >