Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shamsul antara anggota pasukan PAP bagi Aljunied

Aug 29, 2015 | 12:00 PM



PARTI Tindakan Rakyat (PAP) telah memperkenal pasukannya bagi GRC Aljunied, yang termasuk bekas guru Shamsul Kamar Mohamed Razali, 43 tahun (gambar bawah).


Pasukan itu dipimpin Anggota Parlimen mapan, Encik Yeo Guat Kwang, 54 tahun, yang berpindah dari GRC Ang Mo Kio.


Tiga lagi anggota pasukan itu ialah pengarah eksekutif di bank Standard Chartered, Encik Chuan Eng Leong, 44 tahun; ketua peguam bahagian komersial di firma Rajah & Tann LLP, Encik K. Muralidharan Pillai, 47 tahun; dan ketua eksekutif Shenton Insurance, Encik Victor Lye Thiam Fatt, 53 tahun.


Ini diumum Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shamugaratnam, dalam satu sidang media pagi Jumaat (28 Ogos). Turut hadir di sidang media itu ialah mantan menteri kabinet, Encik Lim Boon Heng.



Pengerusi PAP baru cawangan Kaki Bukit


Dalam Pilihan Raya Umum 2011, pasukan Parti Pekerja (WP) yang terdiri daripada setiausaha agung Low Thia Khiang, pengerusi Sylvia Lim, Encik Chen Show Mao, Encik Pritam Singh, dan Encik Faisal Abdul Manap menewaskan pasukan PAP pimpinan Menteri Ehwal Luar George Yeo dan dianggotai Mentedi di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Cik Lim Hwee Hua; Menteri Negara Kanan Zainul ABidin Rasheed; Cik Cynthia Phua; dan pendatang baru, Encik Ong Ye Kung.


Dengan pengumuman ini, PAP telah membentangkan kesemua 89 calonnya bagi merebut 16 GRC dan 13 Kawasan Undi Perseorangan (SMC) dalam Pilihan Raya Umum 2015 pada 11 September.


WP telah mengumumkan bahawa pasukannya yang sama akan mempertahankan kerusi Aljunied.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >