JIKA terpilih, calon Parti Tindakan Rakyat ( PAP) Encik Shamsul Kamar Mohamed Razali bagi GRC Aljunied akan berusaha keras memperjuangkan pendidikan bagi masyarakat Aljunied terutama bagi golongan yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah.
"Pendidikan adalah hal yang sangat penting bagi mobiliti sosial dalam masyarakat. Justeru, saya mempunyai minat mendalam dan komited dalam meningkatkan pendidikan dalam masyarakat. Saya ingin membuat perbezaan dalam kehidupan orang lain di samping menyumbang semula apa yang keluarga saya terima daripada masyarakat," kata Encik Shamsul Kamar, mantan Ketua Pengurusan Pelajar di Sekolah Menengah Spectra.