DENGAN wajah yang tidak lekang senyuman, beliau mesra menyapa sesiapa sahaja yang berjalan di depannya.
"Selamat pagi... Zao an... Good morning... My name is Shamsul... nama saya Shamsul... Kami dari PAP... We are from the PAP," ujarnya sambil menghulurkan risalah parti kepada penduduk yang sedang bergegas ke stesen MRT Hougang setelah menyeberang jalan di Hougang Avenue 10, umumnya, untuk ke tempat kerja.