KEMAJUAN teknologi membolehkan perubahan pesat berlaku di seluruh dunia dan para belia tidak seharusnya mengambil keadaan hal ehwal semasa ini dengan mudah, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, semalam.
Beliau menyatakan demikian sewaktu sesi perbincangan bersama para belia yang menyertai Seminar Youth. Leverage Educate Actuate Develop (Y.Lead) mengenai cabaran dan peluang yang dihadapi Singapura dan dunia.