Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam carikan peguam bagi keluarga budak mati terjatuh di Yishun

Oct 15, 2015 | 01:55 PM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata perlu ada bantuan undang-undang bagi keluarga budak lelaki empat tahun yang meninggal dunia setelah terjatuh dari flat mereka di Yishun minggu lepas.


Kanak-kanak itu bersendirian di rumah apabila dia terjatuh dari flat tingkat sembilan di Blok 165, Yishun Ring Road itu, yang tidak mempunyai jeriji, pada 6 Oktober lalu.


Encik Shanmugam, Anggota Parlimen GRC Nee Soon, berkata dalam laman Facebook beliau pada Khamis (15 Okt) ia satu kemalangan menyedihkan yang boleh dielak.


Beliau menambah bahawa keluarga itu baru sahaja berpindah ke flat tersebut, dan ayah anak itu berkata kontraktor sepatutnya menjalankan kerja-kerja termasuk memasang jeriji tingkap.


Tetapi kontraktor itu tidak melakukannya, dan tidak dapat dihubungi.


"Perlu ada tindakan diambil terhadap kontraktor itu - jika apa yang dikatakan ayah itu betul. Kita mesti membantu keluarga itu mendapatkan pertolongan undang-undang," kata Encik Shanmugam.


"Ia tidak akan mengembalikan kanak-kanak itu, tetapi perlu ada keadilan. Saya telah memberitahu (beliau) kami akan membantu mencari seorang peguam untuk keluarganya."


Encik Shanmugam melawat keluarga tersebut, yang menceritakan kisah mereka kepadanya.


Menurut bapa kanak-kanak itu, apabila beliau mencadangkan kepada kontraktor supaya menamatkan kontrak, kontraktor itu minta menemuinya tetapi mereka tidak muncul.


Kontraktor itu juga berkata, syarikatnya akan menghantar surat pembatalan, tetapi tidak melakukannya.


Walaupun selepas tragedi itu, kontraktor tertidak tidak respon.


Encik Shanmugam berkata dalam posnya: "Jika fakta-fakta ini benar, maka kelakuan itu keji, tidak bertanggungjawab dan telah menyumbang kepada tragedi itu.


"Jita memahami kemarahan, kesedihan ibu bapa itu. Kehilangan seorang anak seperti ini. Disebabkan ada orang tidak melakukan apa yang dia sepatutnya lakukan. Dan kelakuan selepas tragedi itu mengejutkan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >