Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Chee harus perjelas pendiriannya mengenai imigresen

May 05, 2016 | 08:00 AM



KETUA Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan, berkata pada Rabu (4 Mei) dasar imigresen Singapura perlu diperketat di tengah-tengah pembongkaran sel pekerja Bangladesh radikal, dan Menteri Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam, meminta beliau menjelaskan pendiriannya.



Komen Dr Chee kepada pemberita datang sehari selepas Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengumumkan lapan pekerja Bangladesh ditahan kerana merancang serangan ganas di negara mereka.



"Kita perlu memberi perhatian lebih banyak pada orang yang datang ke negara kita," katanya ketika menjawab soalan pemberita di Bukit Batok, di mana beliau akan menentang calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Murali Pillai, dalam pilihan raya kecil Sabtu ini.



Pekerja Bangladesh itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), undang-undang yang ditentang Dr Chee dan SDP, yang mahu ia dihapuskan.



Dr Chee tidak respons secara langsung kepada soalan apakah ISA diperlukan dan apakah beliau berasa ia perlu dihapuskan, dan hanya berkata kes itu "tiada kaitan" dengan ISA dan "segala-galanya berkaitan dasar imigresen".



Apabila diminta responnya oleh pemberita, Encik Shanmugam berkata komen Dr Chee mencadangkan beliau kurang faham mengenai sifat masalah itu.



Beliau menegaskan kira-kira 1,000 orang dari Indonesia dan Malaysia telah pergi berperang di Timur Tengah, dan beratus-ratus individu radikal ditangkap di peringkat global dan rantau ini, termasuk rakyat Singapura di Singapura.



"Jadi, apa yang Dr Chee cadangkan? Kita harus menolak semua pekerja asing? Atau kita tolak semua pekerja asing beragama Islam? Saya rasa dia perlu jelaskan," katanya.



Encik Shanmugam menegaskan terdapat "puluhan ribu pekerja Bangladesh" di sini yang bekerja dalam sektor pembinaan dan sebagai pekerja pembersihan di majlis bandaran.



"Jadi apa yang kita harus lakukan? Hantar mereka semua pulang? Siapa yang akan menjalankan kerja mereka? Dan juga dalam sektor pembinaan, (jika) anda menghantar mereka pulang, siapa akan menderita? Rakyat Singapura juga akan kehilangan pekerjaan mereka," kata Encik Shanmugam.



Beliau juga berkata selepas serangan pengganas di Paris dan Jakarta dan penahanan terkini, adalah ganjil jika masih mahu memansuhkan ISA.



Hal keselamatan, tambah Encik Shanmugam, "memerlukan pertimbangan berhati-hati, pemikiran betul dan kita semua harus elak mengambil kesempatan politik murahan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >