SINGAPURA sedang mempertimbang denda baru bagi jenayah seks yang menyasarkan kaum wanita dan kanak-kanak di Internet, menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam, semalam.
Dalam satu pos di Facebook, Encik Shanmugam juga berkata bahawa beliau berharap dapat meneliti kembali isu-isu sekitar kes rogol dalam perkahwinan, yang kini hanya satu kesalahan di bawah keadaan tertentu.