Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam garis ciri kekuatan masyarakat

May 30, 2015 | 02:12 PM



KEKUATAN sebuah masyarakat terletak pada keupayaannya bukan sekadar untuk menghalang sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku, malah bagaimana ia pulih daripada sesuatu insiden yang menggemparkannya.


Demikian dinyatakan Menteri Ehwal Luar merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, ketika ditemui semalam di hari pertama Kejohanan Futsal Nasional 2015 yang dianjurkan versi digital akhbar ini, BeritaHarian.sg.


Beliau berkata acara futsal peringkat nasional melibatkan hampir 2,000 pemain daripada pelbagai kaum dan agama itu wadah baik untuk mengukuh dan menyatukan masyarakat, terutama selepas negara ini baru dikejutkan dengan berita mengenai ancaman kepada keselamatannya.


Merujuk kepada kes baru-baru ini yang menyaksikan dua belia lelaki ditahan kerana menjadi radikal, Encik Shanmugam berkata masyarakat tidak boleh menjadi imun kepada pengaruh luar.


"Anda tidak boleh selalu sangkakan tiada apa akan berlaku. Jadi kekuatan sebenar sebuah masyarakat bukan sama ada ia boleh menghalangnya sahaja - sudah tentu anda cuba menghalangnya - tetapi jika sesuatu berlaku, bagaimana anda pulih.


"Bagaimana kaum-kaum berinteraksi dengan satu sama lain? Bagaimana denominasi keagamaan berinteraksi dengan satu sama lain?


"Pemulihan itu adalah penting. Dan setiap acara seperti ini yang menyatukan orang ramai, pemimpin masyarakat… Inilah peranan asas acara seperti ini, bahawa kami Singapura… walau bagaimanapun, kami bersatu. Ia membangunkan kekuatan dalam masyarakat," kata Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >