Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Keluarga merupakan asas penting masyarakat

Mar 12, 2022 | 05:30 AM



PENTINGNYA keluarga sebagai asas masyarakat, dan dasar serta rancangan di Singapura yang menyokong struktur keluarga antara perkara yang disentuh Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, dalam ucapannya di acara State of the Family 2022 yang diterbitkan semalam.



Ini meliputi beberapa bahagian termasuk perumahan awam, rebat cukai, faedah tunai dan pelbagai faedah cuti.



Encik Shanmugam menyentuh mengenai sokongan yang diberikan kepada keluarga berpendapatan lebih rendah menerusi skim seperti KidSTART dan ComLink, serta saranan oleh Pasukan Petugas Keganasan Keluarga untuk menangani isu berkaitan keganasan keluarga.



Beliau turut menjawab beberapa soalan tentang kedudukan pemerintah berhubung Seksyen 377A yang diutarakan semasa segmen soal jawab dalam acara yang dianjurkan oleh persatuan Focus on the Family Singapore itu.



Seksyen itu menetapkan seks antara lelaki sebagai satu jenayah.



Seorang peserta bertanya sama ada pemerintah akan mengubah undang-undang, manakala seorang lagi bertanya tentang kesan berterusan yang mungkin berlaku jika Seksyen 377A dimansuhkan.



Encik Shanmugam berkata beliau tidak boleh melampaui apa yang beliau katakan di Parlimen.



Menurutnya, kenyataan yang disampaikan di Parlimen itu telah dipertimbangkan dengan teliti, dan disampaikan bagi pihak pemerintah.



Tanggungjawab Kolektif Kabinet bermakna bahawa menteri-menteri secara individu terikat dengan keputusan Kabinet mengenai dasar pemerintah, dan harus mengelak daripada menyatakan pandangan peribadi mereka tentang perkara itu.



Encik Shanmugam berkata, seperti yang telah beliau nyatakan di Parlimen, pandangan dan sikap sosial telah berubah, dan apabila ini berubah, dasar dan undang-undang juga perlu berubah.



Ditanya sama ada akan terdapat perubahan kepada pendidikan seksualiti sekiranya Seksyen 377A dimansuhkan, beliau berkata sekiranya terdapat perubahan dalam undang-undang, setiap kementerian perlu meneliti kesan dan akibatnya yang mungkin berlaku, dan mengenal pasti apa yang perlu dilakukan, selaras dengan nilai masyarakat kita.



Beliau juga ditanya tentang keadaan keluarga apa yang beliau secara peribadi mahu lihat dalam lima tahun akan datang.



Encik Shanmugam berkata beliau berharap untuk melihat lebih banyak pembentukan keluarga, kadar kesuburan Singapura yang lebih tinggi, dan ikatan kekeluargaan terus diperkukuh.



Beliau juga meluahkan hasrat melihat warga emas meniti hari tua dalam masyarakat, dengan lebih banyak penjagaan kesihatan asas dan perkhidmatan lain dibawa ke masyarakat dan rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >