Shanmugam: Kritikan terhadap M'sia tangani tragedi MH370 tidak adil

SINGAPURA telah mempertahankan Malaysia selepas Kuala Lumpur menghadapi kritikan hebat menangani kehilangan pesawat MH370 yang berakhir di Lautan Hindi dengan lebih 239 penumpang dan anak kapal.

Menteri Ehwal Luar, Encik K Shanmugam, berkata Malaysia telah melakukan apa yang mereka boleh lakukan pada hari-hari awal mencari pesawat MH370, tetapi negara itu kurang sumber yang diperlukan bagi bantuan berskala besar.

"Saya fikir beberapa kritikan itu tidak adil," kata Encik Shanmugam kepada Persatuan Wartawan Asing hari ini.

"Saya tidak fikir pertimbangan yang cukup diambil mengenai hakikat terdapat sangat sedikit, amat sedikit mengenai apa yang diketahui warga Malaysia atau sesiapa mengenai perkara itu," ujar Encik Shanmugam yang menggambarkan kehilangan pesawat MH370 sebagai amat luar biasa.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.