MENTERI Ehwal Luar, Encik K. Shanmugam, semalam mengutuk serangan pengganasan di Paris, Perancis, minggu lalu dan berkata tiada apa yang dapat mewajarkan pembunuhan yang dilakukan pengganas terlibat.
"Tiada apa yang boleh mewajarkan serangan itu. Tiada apa yang boleh mewajarkan pembunuhan itu. Tiada apa yang boleh mewajarkan kekejaman yang berlaku," kata beliau semasa ditemui di Kedutaan Perancis.