LAMAN media sosial seperti Facebook masih membenarkan kewujudan laman yang menggalak kebencian seperti laman Ban Islam Now dan Truth About Telmud.
Perkara ini dikemukakan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, semasa mendengar keterangan daripada wakil Facebook Encik Simon Milner di sidang Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Dalam Talian yang Disengajakan.