Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam lawat Qatar dan Iran untuk kukuh hubungan

Feb 22, 2014 | 09:00 PM



MENTERI Ehwal Luar merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, akan mengunjungi Qatar dan Iran mulai esok hingga Khamis.


Di Qatar, Encik Shanmugam akan menemui rakan sejawatannya, Dr Khalid Bin Mohammed Al Attiyah; Amir Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani; dan Perdana Menteri serta Menteri Dalam Negeri Sheikh Abdullah Bin Nasser Bin Khalifa Al Thani, kata kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) tadi.


Menurut MFA, lawatan itu merupakan lawatan pengenalan Encik Shanmugam sebagai Menteri Ehwal Luar.


Bahkan, kunjungan itu sebahagian usaha Singapura untuk memperkukuh hubungan bersama Majlis Kerjasama Teluk (GCC).


Setelah mengunjungi Qatar, Encik Shanmugam akan singgah ke Iran atas undangan rakan sejawatannya di sana pula, Encik Mohammad Javad Zarif.


Di samping menemui Encik Zarif, Encik Shanmugam turut dijangka berjumpa Presiden Iran, Encik Hassan Rouhani, serta pemimpin lain di ibu kota Iran, Tehran.


Encik Shanmugam juga dijadual melawat Isfahan untuk menemui para pemimpin setempat di bandar tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >