Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Perang lawan pengganasan tidak ditujukan pada sembarang kaum, agama

Apr 07, 2016 | 08:25 AM



PERANG menentang pengganasan dilancarkan terhadap ekstremisme dan keganasan, dan tidak ditujupada pada sembarang kaum, etnik atau agama, kata Menteri Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, di Parlimen pada Rabu (6 Apr).



Beliau berkata demikian semasa memberi respons kepada Cik Rahayu Mahzam (GRC Jurong), yang berkata Islamophobia adalah akibat sampingan malang serangan pengganasan.



"Yang menjadi kebimbangan ialah jika kita membiarkan sentimen ini membarah, ia boleh berkembang menjadi kebencian dan rasa tidak percaya dan beberapa orang yang melampau mungkin terbawa-bawa dengan perasaan mereka," katanya.



Encik Shanmugam menegaskan bahawa pemerintah akan peka apabila menentukur mesej antipengganasan, sambil menambah bahawa rakyat Singapura perlu bersatu untuk "melindungi jiwa berbilang kaum dan agama Singapura"



Beliau juga menekankan Singapura tidak akan membenarkan ucapan kebencian atas nama kebebasan awam.



Negara lain, seperti Belgium, membenarkan ini, dan ditambah dengan kewujudan ghetto kaum, guna tenaga rendah dan pengangguran, ia telah menyumbang kepada kemunculan kumpulan pelampau, kata Encik Shanmugam.



Beliau berkata demikian semasa memberi respons kepada Encik Pritam Singh (GRC Aljunied), yang bertanya bagaimana Singapura boleh dilindungi daripada ancaman kumpulan pengganas.



Encik Shanmugam menekankan bagaimana pada Februari, Singapura menghantar pulang empat warga Indonesia yang merancang pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), tetapi pihak berkuasa Indonesia telah membebaskan mereka.



"Di Singapura, mereka tertakluk pada Akta Keselamatan Dalam Negeri, tidak ada sangsi," katanya.



"Jika negara lain ingin melayan bakal pengganas dengan cara berbeza, mereka melakukannya dengan menanggung akibat daripada keputusan mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >