Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam selar 'pembohongan terang-terangan' artikel dalam laman web sosiopolitik

Oct 24, 2016 | 09:54 AM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, menyelar "pembohongan terang-terangan" dalam sebuah artikel mengenai jawatan presiden dipilih dalam sebuah laman web sosiopolitik, dan berkata beliau bercadang membuat laporan polis.



Artikel tanpa nama penulis yang disiar di laman States Times Review Jumaat lalu itu membuat tuduhan "berpotensi mewujudkan pergeseran antara kaum", kata Encik Shanmugam di Kuil Sri Mariamman Sabtu (22 Okt) lalu, di luar acara persiapan perayaan berjalan atas api tahunan.



Bertajuk 'Menteri Undang-Undang K Shanmugam: Serani Singapura adalah kaum India', artikel itu mendakwa Encik Shanmugam "memberitahu seorang wakil Singapura bahawa orang Serani dianggap sebagai orang India di bawah undang-undang pencalonan Presiden".



Ini didakwa berlaku di sebuah forum mengenai jawatan presiden dipilih Institut Kajian Dasar (IPS) Jumaat lalu.



Artikel itu mendakwa Encik Shanmugam berkata "orang India melebihi orang Serani 20 hingga 1. Oleh itu, ini menyukarkan mempunyai) seorang presiden Serani".



Beliau dikatakan membuat kenyataan itu "apabila Presiden Persatuan Serani Singapura, (Encik) Benett Theseira, mengkritik definisi Serani dalam peraturan pencalonan itu".



Artikel tersebut, yang telah dilihat lebih 25,000 kali, nampaknya kemudian diubah dilihat pada Ahad (23 Okt). Ia menyatakan sebaliknya bahawa "seorang wakil Serani Singapura mengadu bahawa orang Serani dianggap sebagai orang India di bawah undang-undang pencalonan Presiden".



Dalam satu pos Facebook pada Sabtu malam, Encik Shanmugam berkata beliau terkejut dengan artikel itu. "Semua ini bohong sepenuhnya. Semasa sesi saya yang berlangsung 90 minit, saya tidak berkata apa-apa pun mengenai perkara yang dikaitkan dengan saya itu menngenai orang Serani," katanya.



Satu pos di laman web pemerintah Factually berkata States Times Review "berniat jahat" dalam menyebarkan "pembohongan jahat, dengan harapan menyemai perpecahan dalam kalangan kumpulan etnik berbeza kita". Ia menambah bahawa Pemerintah akan mengkaji semula pos itu dan membuat keputusan apakah akan mengambil tindakan lanjut terhadap laman web itu.



"Pada peringkat peribadi, saya tidak perlu memfailkan aduan polis," kata Encik Shanmugam di kuil tersebut Sabtu lepas. "Alasan saya memutuskan bahawa saya perlu mengambil serius perkara ini ialah ia adalah satu sistem... Kewibawaanlah yang kita harus lindungi dan kita tidak harus membenarkan orang membaling batu dan mewujudkan pergeseran antara kaum."



Beliau menambah: "Tidak ada soalan, tiada perbincangan mengenai orang Serani, sekurang-kurangnya semasa sesi saya."



Walaupun pelakunya berada di luar negara, Encik Shanmugam berkata beliau mempunyai pembantu di sini dan laporan polis berfungsi sebagai "penanda" bagi kelakuan.



"Kita memerlukan sebuah sistem bersih di mana kita membincangkan idea, di mana kita menetapkan kebenaran. Jika tidak, tidak ada perbezaan antara masyarakat kita dan masyarakat lain di mana segala macam pembohongan menjadi wacana awam," kata beliau.



Menyusuli pos Facebook Encik Shanmugam dan berita laporan itu, States Times Review menyiarkan pos lain yang mendakwa beliau telah membuat laporan polis "mengenai kritikan". Ia mendakwa bahawa Encik Shanmugam sedang mencari "kambing hitam untuk menutup malu beliau".



Difahamkan tiada laporan polis dibuat hingga Ahad (23 Okt) malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >