Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Serangan Belgium papar cabaran tangani ancaman pengganas

Mar 23, 2016 | 12:41 PM



LANGKAH-LANGKAH untuk respon kepada serangan pengganasan akan dipertingkat, tetapi warga Singapura tetap harus menyiapkan diri bagi ancaman itu, ulang Menteri Ehwal Negeri, Encik K. Shanmugam, pada Rabu (23 Mar).



Komen beliau dibuat sehari selepas satu siri letupan di lapangan terbang dan stesen kereta api bandar Brussels, yang membunuh sekurang-kurangnya 34 orang dan mencederakan lebih 180 orang.



Bercakap dalam satu majlis di Kuil Holy Tree Sri Balasubramaniar di Yishun, Encik Shanmugam berkata ancaman serangan pengganasan telah berkembang dengan ketara menjadi "raksasa serius".



Beliau menarik perhatian tentang kesukaran menangani ancaman pengganasan itu, sambil menambah bahawa "Brussels berada dalam keadaan amaran tinggi namun serangan itu tetap berlaku".



"Kita perlu menyiapkan diri kita, dan saya fikir setiap bandar utama perlu menyediakan diri sendiri," katanya.



"Ada langkah yang telah disediakan tetapi saya sekali lagi menekankan bahawa kecuali kita merubah seluruh bandar menjadi penjara, tidak mungkin dapat menentang setiap serangan yang mungkin berlaku."



Jumaat lepas, Encik Shanmugam mengumumkan peningkatan utama langkah-langkah memerangi pengganasan di sini sedang ancaman serangan pengganasan berada pada tahap tertinggi sejak kebelakangan ini.



Beliau menegaskan ancaman kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), dan berkata kini persoalannya bukan apakah tetapi bila serangan akan berlaku di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >