Shanmugam: Singapura boleh ambil iktibar dari insiden MH370

SINGAPURA boleh mengambil iktibar daripada insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370, yang hilang sejak Sabtu lalu.

Menteri Ehwal Luar Merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata kehilangan pesawat itu, yang berlaku disebabkan satu operasi disengajakan dan dirancang, sebagai satu kejadian agak menakutkan dan membimbangkan.

Justeru, beliau berkata insiden tersebut satu peringatan bagi Singapura untuk tidak mengambil sikap sambil lewa dalam apa-apa perkara pun.

Encik Shanmugam berkata demikian semasa ditemui pihak media di acara Hari Canberra di Sembawang Close, tadi.

Beliau berkata keselamatan lapangan terbang, pemeriksaan yang berhati-hati dan perisikan yang baik tidak boleh diambil ringan dalam menjamin keselamatan.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.