Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Singapura tidak akan bayar cukai kerja airnya di Johor

Aug 28, 2015 | 10:17 AM



SINGAPURA tidak akan bayar cukai taksiran tanah yang telah dinaikkan ke atas kerja airnya di Johor sebagai satu perkara prinsip, ujar Menteri Ehwal Luar merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.


Pihak berkuasa daerah Kota Tinggi telah meminta akhir tahun lalu untuk menggandakan cukai di Kerja Air Sungai Johor yang dimiliki agensi air negara PUB.


Kadar yang disemak semula itu lebih seganda daripada kadar kedua tertinggi yang dikenakan di seluruh daerah Kota Tinggi, dan kadar baru itu telah digunakan bagi satu kategori cukai yang diwujudkan semata-mata untuk PUB.


Dalam satu dialog semalam, Encik Shanmugam menjelaskan mengapa beliau memilih mengetengah pendirian Singapura berhubung isu itu di Parlimen minggu lalu, setelah banyak memikirkannya.


"Perjanjian air tidak membenarkan perkara seperti ini. Jika saya berdiam diri mengenai kenaikan seganda itu, esok mereka mungkin menaikkannya empat kali ganda," katanya kepada karyawan media dalam satu satu majlis anjuran Kelab Akhbar Singapura.


Di Parlimen, beliau berkata, PUB tidak diwajibkan membayar cukai di bawah Perjanjian Air 1962, yang mengawal operasi PUB di Johor. Perjannjian itu memberi Singapura hak mengambil air dari Sungai Johor sehingga 250 juta gelen sehari, atau 1.14 juta meter padu sehari, dengan Johor layak mendapat bekalan harian air terawat sebagai balasan.


Perjanjian itu sah hingga 2061 dan dijamin oleh pemerintah Singapura dan Malaysia di bawah Perjanjian Pemisahan 1965.


Menekankan keseriusan isu itu, Encik Shanmugam berkata: "Mereka telah mengeluarkan notis selanjutnya mengatakan kita lambat dalam pembayaran. Jika seseorang itu sengaja tidak mahu bekerjasama mengenainya, saya rasa mereka boleh mengenakan tindakan ke atas kerja air kita, dan kemudian perkara akan menjadi benar-benar menarik."


"Dalam kes undang-undang biasa, jika anda tidak membayar cukai, seseorang akan pergi dan tampal notis dan cuba mengambil alih harta benda itu.


"Kita akan lihat apakah mereka mahu memandang perkara ini sebagai kes tidak bayar biasa dan kemudian kita akan nyatakan apa respons kita," tambah beliau.


Ahad lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menekankan bagaimana terdedah Singapura semasa baru merdeka, dengan hampir semua bekalan airnya datang dari Johor ketika itu.


"Sesekali, apabila timbul isu dengan Malaysia, beberapa ahli politik tidak waras akan mengancam untuk menghentikan bekalan air, untuk membuat kita turuti mereka," kata Encik Lee dalam Rapat Hari Kebangsaan.


Malah, kata Encik Shanmugam, timbalan pengerusi pembangkang Malaysia, Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Johor, Encik Jimmy Puah, mengkritik perjanjian air minggu lalu dengan berkata Singapura terus mengambil 250 juta gelen air mentah sehari dari Johor walaupun air catuan air di negeri itu.


"Implikasi kenyataan beliau jelas ... Ia retorik kuat. Mereka tidak peduli sama ada kita menderita," tambah beliau.


PUB itu dalam satu kenyataan minggu lepas berkata ia telah membekalkan tambahan lima hingga enam juta gelen air bersih sehari ke Johor pada musim kering, sejak 14 Ogos lalu.


Encik Shanmugam berkata andainya retorik dan kritikan Encik Puah terhadap kerajaan Malaysia berkesan, "maka anda boleh menjangka kerajaan Barisan Nasional perlu respons kepadanya."


"Bagaimana mereka akan respons? Kita tidak tahu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >