SINGAPURA boleh menjadi New York bagi Asean, dan warga Singapura dalam kedudukan baik untuk meraih manfaat daripada Masyarakat Ekonomi Asean (AEC) serta memanfaatkan peluang di rantau ini, kata Menteri Ehwal Luar, Encik K. Shanmugam.
Menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP) semasa perbahasan belanjawan kementerian beliau semalam, Encik Shanmugam berkata AEC akan menyepadu dan mengubah Asean menjadi satu pasaran serantau tunggal.