Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam tegaskan di PBB Singapura tidak akan lembutkan dasar menentang dadah

Apr 21, 2016 | 02:49 PM



NEW YORK: Menteri Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, memberitahu pemimpin dunia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa pemerintah Singapura tidak akan melembutkan dasarnya berhubung dadah, sambil menolak seruan beberapa negara agar ia mengubah pendekatannya berkaitan dadah.



Bercakap di Perhimpunan Agung PBB di sini pada Rabu (20 April) waktu Amerika Syarikat, Encik Shanmugam berkata beliau tidak terpengaruh oleh retorik yang beliau dengar dalam mesyuarat itu. Beliau menegaskan Singapura akan tetap dengan pendekatannya sehingga terdapat bukti bahawa model berbeza lebih baik.



Menekankan bahawa dasar Singapura telah mewujudkan persekitaran selamat dan terjamin, beliau berkata: "Kami tidak tertarik dengan retorik semata-mata. Ucapan baik adalah satu perkara. Menikmati keselamatan, ke tahap yang saya telah kenal pasti - membolehkan anda membiarkan anak anda yang berumur 10 tahun menggunakan pengangkutan awam sendirian - itu satu perkara berbeza."



"Saya berkata kepada sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan berbeza - ke depanlah. Saya bersedia membandingkan pengalaman kami dengan mana-mana bandar yang anda pilih. Tunjukkanlah kami model yang lebih berkesan, yang memberi hasil lebih baik untuk rakyat, dan kami akan menimbangkannya. Jika ini tidak boleh dilakukan, jangan minta kami mengubah (dasar kami)," kata beliau.



Negara-negara Asean akan membentangkan kepada PBB satu deklarasi bersama yang menggariskan komitmen mereka untuk menuju kepada Asean yang bebas dadah.



Mesyuarat PBB itu diadakan selepas dilobi oleh Mexico, Guatemala dan Colombia, negara-negara yang berhujah bahawa perang ke atas dadah telah menjadi sumber banyak keganasan. Mereka menyeru diadakan "huraian lebih berperikemanusiaan" yang tidak menekankan banyak pada penguatkuasaan.



Bagaimanapun, Encik Shanmugam berkata hujah itu tidak berladaskan fakta.



Beliau menegaskan ada satu jalan tengah antara "mengunci semua orang, melayan mereka sebagai penjenayah, dan memberi mereka makan dadah".



"Bekerja bersama penagih dadah untuk memulihkan mereka boleh dilakukan. Ini sukar dan memerlukan banyak sumber. Tetapi oleh kerana setiap kehidupan adalah penting, kami melakukannya. Menjadikan dadah sah dan memberi dadah kepada penagih adalah pilihan lebih mudah. Tetapi ia bukan yang lebih baik," ujarnya.



Encik Shanmugam mengesahkan komitmen Singapura pada dunia bebas dadah, sambil menekankan sama ada dadah berbahaya atau tidak bukan satu persoalan.



"Anda tidak akan secara sedar dan senang hati memberi dadah kepada anak anda, bukan? Anda mungkin menerimanya dan menanganinya jika mereka menyalah guna dadah. Tetapi anda tidak akan secara sukarela memberinya. Oleh itu, marilah kita jelas tentang kesan-kesan bahaya dadah," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >