Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam tolak dakwaan firma anak diberi kontrak kerja ubah suai

Jul 03, 2023 | 07:59 PM



Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, pada Isnin menolak dakwaan dalam talian bahawa anak lelakinya telah diberikan kontrak pemerintah untuk mengubah suai rumah banglo yang disewanya.

Encik Shanmugam berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Cik Nadia Samdin (GRC Ang Mo Kio) semasa memberi penjelasan mengenai dua banglo hitam putih di Ridout Road, yang disewanya.

Sebelum 26 Ridout Road disewakan kepada Encik Shanmugam, Penguasa Tanah Singapura (SLA) telah melakukan kerja-kerja pembaikan yang menelan belanja $515,400 untuk menjadikan kediaman itu sesuai untuk didiami.

SLA juga harus membelanjakan $570,500 untuk memulihkan 31 Ridout Road, yang disewa oleh keluarga Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Cik Nadia telah bertanya bagaimana SLA memberi peluang dan menganugerahkan kontrak bagi penyelenggaraan banglo hitam putih dan untuk kerja-kerja persediaan pada dua banglo yang disewa menteri-menteri itu.

Beliau khususnya bertanya sama ada menteri dapat mengulas dakwaan bahawa kontrak bagi kerja-kerja pada hartanah itu telah diberikan kepada Livspace, yang ketua pegawai eksekutifnya (CEO) ialah anak lelaki Encik Shanmugam.

Encik Ravindran Shanmugam disenaraikan sebagai CEO Asia Tenggara Livspace, menurut laman LinkedIn.

“Anak saya memberitahu saya bahawa syarikatnya tidak mempunyai sebarang kontrak bersama SLA dan mereka juga tidak melakukan sebarang kerja pada hartanah Ridout untuk SLA. Anda mendapat kenyataan yang sama sekali palsu dan fitnah ini.

“Adakah mereka ini benar-benar percaya bahawa CPIB (Biro Siasatan Amalan Rasuah) tidak akan mengetahui perkara ini jika ia benar?” kata Encik Shanmugam di Parlimen pada Isnin.

“Saya berkata kepada orang-orang ini: Anda ingin mengkritik saya, anda boleh mengkritik saya. Saya benar-benar berupaya untuk mempertahankan diri saya sendiri dan mereka akan mendapati saya akan mempertahankan diri sendiri. Tetapi, jangan ganggu keluarga saya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >