MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang terlibat dalam operasi menyelamatkan budak lelaki dua tahun yang dikurung selama 17 jam semalam.
Dalam ucapan beliau semasa majlis penyampaian Anugerah Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Shanmugam berkata: "Saya diberitahu, tetapi masih menunggu pengesahan, bahawa individu yang terlibat dalam kes itu berada di bawah pengaruh dadah. Sebagai seorang anak kecil yang berusia hampir tiga tahun, pastinya ini merupakan pengalaman traumatik. Ia pasti trauma yang (akan menjejas) sebahagian besar hidupnya kecuali jika dia diberikan kaunseling yang betul," katanya.