MENTERI Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, telah meminta kementeriannya meneliti semula undang-undang untuk menimbangkan sama ada hukuman yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki yang menyerang pegawai polis wanita memadai.
Dalam pos Facebooknya semalam, Encik Shanmugam memuat naik gambar petikan laporan The Straits Times mengenai seorang lelaki yang dijatuhi hukuman penjara 10 minggu baru-baru ini kerana menyerang Koperal (CPL) Ammy Shazwina Rizuan On semasa beliau sedang bertugas.