Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Undang-undang Singapura cukup untuk halang serangan pengganas

Jan 26, 2016 | 08:10 AM



UNDANG-UNDANG keselamatan Singapura mencukupi untuk menahan pelampau sebelum mereka boleh melakukan sembarang tindakan ganas, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, sambil menambah pemerintah tetap terus memikirkan peri perlu langkah pencegahan tambahan.


Bercakap kepada pemberita pada Isnin (25 Jan) di luar sebuah persidangan di Kuala Lumpur mengenai memulihkan pengganas, beliau berkata aspek "berkaitan proses" langkah-langkah keselamatan sedang dikaji.


"Kami telah lama memikirkan tentang perkara ini," ujar Encik Shanmugam ketika ditanya mengenai kemungkinan Singapura mengadakan lebih banyak undang-undang antipengganasan pencegahan, seperti yang dilakukan Malaysia dan dirancang Indonesia.


"Kami berterima kasih kerana mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Keselamatan Dalam Negeri membolehkan kami bergerak lebih awal daripada pengganas," katanya.


"Undang-undang penahanan yang ada sekarang mencukupi."


Malaysia tahun lalu menambah beberapa undang-undang pencegahan bagi memberi kerajaan kuasa lebih luas untuk melumpuhkan kegiatan pengganas, tetapi undang-undang baru, terutama Akta Majlis Keselamatan Negara, dikritik sebagai langkah menyekat perbezaan pendapat dan mengatasi sekatan dan imbangan dalam kerajaan.


Indonesia juga sedang menggubal undang-undang pencegahan baru tahun ini, selepas serangan maut di Jakarta pada Januari 14, kerana menyokong atau menyertai kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) bukan satu kesalahan.


Encik Shanmugam juga berkata tidak ada "ancaman khusus dan sedia ada" yang boleh boleh tunjukkan, tetapi membeli amaran terdapat "pengganas yang bergerak di sekitar rantau ini yang pada masa lalu menyasarkan Singapura".


"Terdapat dua perkembangan di peringkat antarabangsa dan gerakan untuk meradikalkan orang, yang telah memberi kesan kepada rakyat kita. Sebahagian daripada mereka telah menjadi radikal, kita terpaksa menanganinya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >