Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shioklah boleh lepak tak blur macam sotong...

May 12, 2016 | 12:02 PM



WAH shioklah sekarang tak blur macam sotong sebab beberapa kekata Singlish sudah diterima masuk kamus terkemuka Kamus Bahasa Inggeris Oxford (OED).



Dalam pengemaskinian suku tahunannya pada Mac, OED menambah 19 kekata "Bahasa Inggeris Singapura" dalam kamusnya yang dipandang tinggi.



"Terdapat perkataan baru bahasa Inggeris biasa, iaitu kata pinjaman daripada bahasa Cina dan Melayu, dan pembentukan dalam bahasa Inggeris yang digunakan hanya di Singapura," kata OED di laman webnya.



Ia memberi contoh kekata blur, yang bermaksud lambat memahami, ang moh (seorang berkulit cerah, terutama yang berasal atau berketurunan dari Barat), shiok (tenang, besar, lazat, hebat), sabo (membahayakan, menyusahkan, mendatangkan masalah, bergurau, menyakat) dan HDB (sebuah kawasan perumahan awam).



OED juga menyatakan istilah seperti 'lepak' (melepak tanpa tujuan atau mengkhayal, berehat, melepak) dan 'teh tarik' adalah ciri-ciri bahasa Inggeris Singapura dan Malaysia.



"Wet market (pasar basah) pula digunakan di seluruh Asia Tenggara.



Penggunaan wah juga kini diterima, dengan OED berkata ia digunakan terutamanya pada awal ayat untuk melahirkan, antara lain, kekaguman, galakan, kegembiraan dan kehairanan.



Kekatan lain yang menonjolkan warisan kaya makanan Singapura juga berjaya memasuki kamus itu, termasuk hawker centre (pusat penjaja) dan hidangan ikonik tempatan char siu dan 'ketam cili'.



Menariknya, OED juga memasukan istilah Chinese helicopter (helikopter China), yang ia takrifkan sebagai istilah menghina bagi warga Singapura yang bersekolah Cina dan bahasa Inggerisnya terhad.



Sebelum ini, lah, sinseh dan kiasu sudah pun memasuk OED.



Berikut senarai penuh 19 kekata Singlish yang baru diterima OED: Ang moh, Blur, Char siu, Chilli crab, Chinese helicopter, Hawker centre, HDB, Killer litter, Lepak (kata nama), Lepak (kata kerja), Lepaking, Shiok, Sabo (kata nama), Sabo (kata kerja), Sabo king, Sotong, Teh tarik, Wah, dan Wet market.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >