Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shopee potong bilangan pekerja kali ketiga ekoran firma induk gagal catat laba

Nov 15, 2022 | 07:00 PM



PLATFORM e-dagang Shopee telah memulakan satu lagi pusingan pemberhentian pekerja selepas syarikat induknya, Sea Limited, gagal mencatat keuntungan.


Ini merupakan pusingan ketiga pembuangan pekerja di Shopee tahun ini, berikutan pemberhentian September lalu. 


Namun, tidak seperti pusingan sebelumnya, sumber memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa pemberhentian terbaru ini tidak diketahui ramai, walaupun terdapat khabar angin sebelum ini terdapat rancangan memberhentikan pekerja. 


Pasukan yang terjejas dalam pusingan kali ini termasuk mereka yang bekerja dalam divisyen sumber manusia serta divisyen pembelajaran dan pembangunan, menurut sumber dan kiriman di wadah rangkaian profesional LinkedIn. 


Jun lalu, Shopee memberhentikan pekerja di divisyen penghantaran makanan Shopeefood; pasukan pembayaran dalam talian di Asia Tenggara ShopeePay; dan sebahagian daripada pasukan di Mexico, Argentina dan Chile. 


September lalu pula, ia memberhentikan lebih ramai pekerja, termasuk di Singapura.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >