SIA akan lancar semula penerbangan tanpa henti ke AS pada 2018

SINGAPORE Airlines (SIA) akan melancarkan semula penerbangan tanpa hentinya ke Amerika Syarikat pada 2018 dengan model pesawat baru Airbus 350.

SIA akan menjadi pelanggan bagi melancarkan pesawat baru jenis A-350-900ULR itu yang akan dihasilkan syarikat Airbus dan telah menempah 11 pesawat jarak jauh serupa itu.

Ini menjadikan jumlah tempahan SIA bagi pesawat A-350 sebanyak 67 buah, kata SIA dalam kenyataan hari ini, Selasa.

Pesawat baru itu mampu melakukan penerbangan sehingga 8,700 batu nautika berbanding jenis A-350-900 yang boleh melakukan penerbangan sehingga 7,600 batu nautika.

Ketua eksekutif SIA Goh Choon Phong berkata: "Para pelanggan kami telah meminta kami melancarkan semula penerbangan tanpa henti Singapura-AS dan kami gembira Airbus boleh menawarkan pesawat yang sesuai untuk tujuan tersebut dalam cara komersial yang berdaya maju."

SIA, yang memulakan penerbangan tanpa henti ke Los Angeles dan New York pada 2004, menghentikan khidmat tersebut dua tahun lalu kerana kos operasi yang tinggi dan pulangan yang kurang menarik.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.