ACARA perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Singapura mungkin berlangsung bulan depan, namun bahang F1 sudah dirasai di Bangunan Pit F1 semalam.
Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) menganjurkan pesta Light Up The Night buat kali kedua bagi menghangatkan suasana menjelang acara perlumbaan kereta itu.