SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) sedang meningkatkan pengambilan kru kabin untuk menyokong pelan pertumbuhan selepas bangkit daripada kelembapan perniagaan.
Daripada menggajikan kru baru terutamanya untuk menggantikan mereka yang meninggalkan - sebagaimana halnya sejak dua hingga tiga tahun lalu sekurang-kurangnya - ia kini berusaha meningkatkan jumlah pekerja, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (29 Feb).