Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA dijangka ambil alih Tigerair apabila tawarannya tutup pada Jumaat

Mar 04, 2016 | 10:57 AM



SINGAPORE Airlines dijangka mengambil kawalan penuh Tiger Airways apabila tawaran awam bagi saham dalam syarikat penerbangan tambang murah itu yang tidak dimilikinya tutup pada Jumaat (4 Mac), kata syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan media pada pagi Jumaat.

Tawarannya telah melintasi ambang pengambilalihan itu, dengan SIA mengawal 95.6 peratus Tigerair pada 26 Feb.

Pemegang saham Tigerair yang tidak memberi respons kepada tawaran SIA itu akan menerima surat pengambilan wajib saham mereka "dalam masa terdekat", ujar syarikat itu.

"Singapore Airlines ingin mengucapkan terima kasih kepada pemegang saham Tiger Airways yang mendapati tawaran kami menarik," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Encik Goh Choon Phong, dalam kenyataan media itu.

"Dengan pemilikan penuh Tiger Airways, kami akan dapat mengintegrasikan ia sepenuhnya dalam Kumpulan SIA, pengukuhan prospek pertumbuhan masa de;pan Tiger Airways," kata beliau.

SIA melancarkan tawaran pengambilalihan Tigerair pada November lalu untuk mengeluarkannya daripada bursa saham dan menswastakannya.

Ia terpaksa menaikkan harga tawarannya kepada 45 sen Singapura daripada 41 sen selepas pemegang saham minoriti Tigerair berkata mereka tidak berpuas hati dengan tawaran itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >